Thursday, February 3, 2011

EmBuN dI QaLbU......!!

Syeikh abdul kadir Jailani pernah berkata:

  •     Apabila kamu bertemu dengan seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya, dan engkau katakanlah pada dirimu sendiri: Mudah-mudahan jadilah dia di sisi ALLAH lebih baik drpd aku dan semoga ALLAH mengangkat darjatnya.....

  •   Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda drpd engkau maka katakanlah: Dia belum lagi menderhaka kepada ALLAH sedangkan aku sudah banyak menderhaka kepada ALLAH . Maka tdk ragu lagi dia lbh baik drpd aku.....

  •   Sekiranya dia adalah orang yang lbh tua drpd engkau, maka katakanlah: Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kpd ALLAH drpd aku..... 

  •   Sekiranya dia adalah orang alim, maka katakanlah: Dia tlh diberikan oleh Allah apa yang aku tdk dpt dan dia mengetahui apa yang aku tdk tahu.....

  •   Sekiranya dia adalah orang yang jahil, maka katakanlah: Dia adalah orang yang menderhaka kpd ALLAH kerana kejahilanya , sedangkan aku menderhaka  kpd allah dlm keadaan aku mengetahui dan aku tdk mengetahui bagaimanakah kesudahan ku dan kesudahannya.....